Showing posts with label Malique. Show all posts
Showing posts with label Malique. Show all posts

Friday, 6 October 2017

Malique - Pejamkan Mata (feat. Dayang Nurfaizah)



Malique:
Sebermula maka dipaksa diam
dengar...patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak dongak lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang ,enghantui kepala
dalam tafakur akur sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik...al-kudus..as-salam...al-mukmin
ubat gementar senbja suara ngekor roh ke kasur
masyghul...runsing...jah

Dayang Nurfaizah:
Pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

Malique:
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret soludi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
semoga afdal bertemu di astral

selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi sembunyi bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi keghaibannya kita raikan

*ulang Dayang Nurfaizah: 

Malique : hakikatnya nirva di sana di sini masih lagi samsara
cuba tak diuperhambanya dunia
sukar tapi aku cuba sukar tapi aku cuba ya

Dayang Nurfaizah:
kembalikan senyuman serimu yang dulu
kembali ke dakapan kuperlindunganmu
walaupun gerhananya seakan tak berakhit=r
selagiku disisi tak usah khuatir
*ulang Dayang Nurfaizah: 

Tuesday, 9 November 2010

Malique feat Najwa - Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit