Wednesday 30 October 2013

GG Group - Balada Cinta Romeo



Andainya aku dapat menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap kusayang

Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang

Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan
Kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan

Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita

Andai antara kita
Ada lautan api sayang
Akan tetap kurenang
Tapi selepas hujan sayang

GG Group - Blues Tak Ada Duit

Aku tak ada duit(Dia tak ada duit)
Aku tak ada awek
Bila ada banyak duit(Hey dia banyak duit)
Baru ramai awek himpit

Aku tak ada duit(Dia tak ada duit)
Aku tak ada kawan
Bila ada banyak duit(Hey dia banyak duit)
Baru kawan ajak makan

Korus

Makan ramai-ramai
Bayar sorang-sorang
Makan ramai-ramai
Aku bayar sorang-sorang

Aku tak ada duit
(Dia tak ada duit)
Tak ada duit aku
Aku tak ada duit
(Dia tak ada duit)
Adakah duit aku?

GG Group - Belek Lagilah



Di dalam dunia ada banyak cerita
Suka duka tawa tangis ada segala
Itu semua asam garam dunia
Bila dia muncul akan lupa semuanya

Belek-belek jumpa bermacam cerita
Tua muda kecil besar boleh baca
Rumah tangga politik dan antarabangsa
Suka-suka tapi bukannya saja-saja

Marilah kita semua
Menceriakan dunia dengan satiranya

Janganlah selalu berduka
Nanti kita semua jadi cepat tua

Janganlah berduka (Ah-ah)
Marilah bergembira (Ah-ah)
Kepada yang suka (Ah-ah)
Jangan sampai lupa...aaahhhh!

Belek lagi lagi lagi lagi lagi lagilah(4x)