Friday 14 April 2023

Ramadhan – Zizi Kirana feat. Hafiz Hamidun


Zizi:
Sudah sekian lama ku menunggu
kali terakhir bertemu setahun lalu
bila bulan baru kau minta diri dulu
aku sambutmu di malam tanggal satu

Ingat masa kita bersama singkat
tiap malam aku nawaitu pasang niat
mari kurang rehat tingkatkan bergiat
selagi ada kudrat selagi sihat

Hafiz:
rasa syukur di dalam hati
menyambut kehadiran bulan penuh suci
tak terbayang indah meriah
semua berlumba tingkatkan ibadah

Marhaban, marhaban ya ramadhan
setahun sudah aku nantikan
kumengejar seribu satu bulan
dampingi aku kita sepasukan

Marhaban, marhaban ya ramadhan
biarpun tubuhku kelaparan
jiwaku sibuk bersantapan
izinkan ku menyantuni ramadan

Kurangkan yang pejam
Tambahkan yang celik
rantai yang direjam 
jauhkan yang diherdik
ada yang dikurang ada yang dilebih
gembira bersama janganlah bersedih
biar mataku ringan membaca
biar lidahku sering melafazkan cinta
biar anggotaku rajin berusaha
doakan tahun depan berjumpa lagi kita

shahrul'adzim, shahrul mubarak
shahru nuzulil quran
shahrus siyam shahrul qiyam
shahrus sabar wa musawwar
shahrul yuzdaadu fihi rizqul mu'min

Marhaban, marhaban ya ramadhan
setahun sudah aku nantikan
kumengejar seribu satu bulan
dampingi aku kita sepasukan

Marhaban, marhaban ya ramadhan
biarpun tubuhku kelaparan
jiwaku sibuk bersantapan
izinkan ku menyantuni ramadan

komposer : Hafiz Hamidun
lirik: Mambang, Hafiz Hamidun

Friday 24 March 2023

Khalifah - Sebutir Bintang (Official Music Video)


Sebutir bintang
Bintang yang terang
Kurniaan tuhan
Kemuliaan
Terangilah hati hamba ini Tuhan

Indah kulihat segala
Bila ku lihat cahaya
Maya ku lihat terang
Kerana ku lihat sebutir bintang
Bintang yang kulihat kurniaan Tuhan

Puji ku lihat di sana
Syukur kulihat sang suria
kubaca ku lihat cintanya
Kerana kulihat jalan ke syurga
Cintaku lihat bawaku ke sana

Dengarkanlah cinta hamba milik ia
Ku lagukan syair ini dengan suci
*music guitar

Dengarkanlah cinta hamba milik ia
Ku lagukan syair hamba dari jiwa

Puji ku lihat di sana
Syukur kulihat sang suria
Maya kulihat terang
Kerana ku lihat sebutir bintang
Bintang kulihat kurniaan Tuhan


Kumpulan Khalifah ditubuhkan pada 2006 /
Vokalis Yabang - nama sebenarnya Awang Sulong Oyong
(sumber M'kini)  

Alarm Me - Bulan Bulan Islam


Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal,   Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaedah Zulhijjah

Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalah salah
Rabiulawal Nabi diputerakan
di tahun gajah

Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal

Ibadah Haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambut Aidil Adha
(ulang sekali lagi)

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungan di tahun ini
dari godaan syaitan durjana

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun iui
Berkekalan ke tahun depan

Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal,   Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaedah Zulhijjah
(ulang sekali lagi)

wuu...wuu...wuu

Bulan bulan Islam