Thursday 9 February 2017

Fynn Jamal - Terbang Tunduk




Uoooo...Uooo
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata...Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

ProjekHK - Kedah Serata Rata

Abaikan fahaman dunia
Leraikan serakah sengketa
Padamkan api kebencian
Demi satu arah tujuan....
Ayuh bangkit bagai saudara
Dengan perjuangan yg sama
Seteguh sehati sejiwa
Tak perlu gentar sesiapa...
Dgn satu suara
Ayuh kita gegarkan dunia
Demi negeri tercinta

Dengan satu bendera
Ayuh kita takluki dunia
KEDAH SERATA RATA...

Negeri Kedah negeriku
Oh Darulaman megahmu
Jelapang padi gelarmu
Oh Hijau Kuning maruahku
(ulang lg sekali)

Buktikan pada dunia...Kita sama tak berbeza
Buktikan pada mereka...Kita seia sekata
Perjuangan kita satu...Semangat kental dan jitu
Dari tiap penjuru...Bersama kita berpadu
Medan ini milik kita...Ayuh bersorak bersama
Tiada apa berbeza...Kedahan ayuh berbangga
Tradisi kita dijunjung...Legasi Kedah disanjung
Laungan serapah agung...Hijau Kuning gah terulung
SERATA RATA...
SERATA RATA...SERATA RATA..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Album BATALION HIJAU KUNING
Vocals and Bass - xFairuzx
Rap - Zam
Guitars - Palie
Drums and Backing Vocals - Fharees

Lyric Video by Palie and Desain Projekt 

Recorded, Mixed and Mastered by Ardy Hamdan at Nu Breax studio


MANTERRA - Bengang



Pintu sepiku yang bertahun terkunci
terpaksa aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir
Bisikan yang berbalah
Denganku seharian akan menenggelamkan
Keakuan.... aaa....aaa.......

*Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi... sediakala
Menunaikan janjiku pada diri sendiri
Untukku miliki cinta dulu asalnya
Aku yang punya

Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan