Monday 25 August 2014

M.Nasir - Anak-Anak Kita



Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyayi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah
yang tak tahu pulang bila petang
Kerana terlalu sibuk main lastik
dan berpistolan . . . pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
jaga-jaga anak kita
kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar tentang kurang ajar
Jadi mereka
Takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar tentang kurang ajar
Jadi mereka
Takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu


No comments:

Post a Comment